IOS APP IDEATION AND PROTOTYPING USING IPAD

TERBUKA KEPADA SEMUA MURID SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAKLIMAT PERTANDINGAN

MARILAH MENCIPTA IDEA IOS APP PERTAMA ANDA

RANCANG APPS ANDA

Membangunkan penyelesaian bagi tema berdasarkan Sustainable Development Goals (SDG) dipilih

REKA PROTOTYPE ANDA

Gunakan apps IOS percuma dalam iPad untuk membuat animasi aplikasi anda berdasarkan panduan urusetia

BENTANG IDEA ANDA

Setiap pasukan diberikan masa tiga (3) minit untuk membentangkan idea anda dalam menyelesaikan masalah

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

TARIKH TUTUP ADALAH PADA 31 JULAI 2025

POSTER PERTANDINGAN

TAKLIMAT & BENGKEL

Terma & Syarat

1. Pengenalan
Pertandingan ini memberi peluang kepada murid sekolah rendah untuk meneroka dan membangunkan idea kreatif dan penyelesaian digital menggunakan aplikasi iPad. Fokus pertandingan ini adalah pada peringkat ideasi dan prototaip, di mana murid digalakkan untuk menyalurkan idea mereka secara visual dan interaktif.
Pertandingan ini juga bertujuan untuk melatih peserta berfikir menggunakan pendekatan Design Thinking, serta memupuk kesedaran terhadap Sustainable Development Goals (SDG).

2. Kelayakan Penyertaan
• Terbuka kepada murid Sekolah Rendah (umur 7–12 tahun / Tahun 1-6 ) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
• Peserta mestilah warganegara Malaysia.
• Penyertaan adalah berkumpulan sahaja – 1 kumpulan = 3 orang murid + 1 guru pembimbing dari sekolah yang sama.
• Setiap pasukan dibenarkan menghantar hanya satu (1) projek sahaja, namun setiap sekolah boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan.
• Setiap guru pembimbing hanya dibenarkan untuk membimbing maksimum 5 pasukan sahaja.

3. Kehadiran Bengkel (Pra-syarat)
• Peserta wajib mengisi borang kehadiran dan memasukkan kod kehadiran bengkel yang sah untuk melayakkan diri menyertai pertandingan.
• Jika tidak dapat hadir secara langsung, peserta boleh menonton rakaman bengkel dan tetap mengisi borang kehadiran.
• Sijil penyertaan bengkel hanya akan diberi kepada peserta bengkel yang menghadiri kesemua 4 sesi dalam talian.
• Urus setia berhak membuat semakan silang (cross-check) untuk pengesahan penyertaan.

4. Aplikasi yang Digunakan
Peserta hanya dibenarkan menggunakan aplikasi iPad yang diajar semasa bengkel seperti:

• Freeform
• Pages
• Keynote
• iMovie
• GarageBand
• Clips

5. Bahan Yang Perlu Dihasilkan
Setiap pasukan perlu menghantar tiga bahan utama berikut:

5.1. Portfolio dalam format fail Keynote.
◦ Mengandungi dokumentasi berdasarkan Design Thinking Framework (Explore, Plan, Build, Evaluate) dan prototaip idea.
5.2. Fail prototaip app dalam format fail Keynote.
◦ Menggunakan animasi Keynote dan aplikasi berkaitan untuk menghasilkan prototaip app.
5.3. 🎤 Video pitching berdurasi 3 minit
◦ Menerangkan idea dengan jelas dan berstruktur
◦ Perlu menggabungkan visual, audio dan teks untuk menyampaikan konsep dengan mudah difahami.

6. Syarat Tambahan & Etika Pertandingan
• Penyertaan akan dibatalkan jika:
◦ Mengandungi unsur 3R (agama, kaum, raja)
◦ Plagiat, tidak asli atau melanggar syarat pertandingan
• Hasil karya mestilah asli dan belum pernah dipertandingkan sebelum ini.
• Hasil produksi adalah hak milik peserta, namun pihak urusetia/KPM berhak menggunakannya untuk tujuan promosi pendidikan.
• Urus setia berhak mengubah peraturan dan masa pertandingan bila-bila masa.
• Sijil penyertaan dan pengiktirafan PAJSK peringkat kebangsaan hanya akan diberikan kepada pasukan yang memenuhi semua terma dan syarat pertandingan.
• Keputusan hakim adalah muktamad.